Tuesday, 7 June 2011
The Magic Of Thinking BIG !!
Keajaiban berfikir BESAR !! Itulah secara ringkasnya translate bagi maksud dari perkataan''The Magic Of Thinking BIG'' hasil dari tulisan David J.Schwartz, Buku ini telah terjual lebih daripada 4 juta naskhah di Amerika !! Wow...!! Gempak kan..?? huehuehue...; )...Sebab itulah juga, aku terpengaruh untuk membeli buku ini sebagai sumber rujukan pemangkin, bagi menaikkan lagi semangat daya saing aku di dalam kancah dunia bisnes yang penuh duri dan ranjau perjalanan kehidupan di dunia ini..; P...( Pewwit..!! sastera-sastera..hahaha..).
Oleh itu tergerak di hati aku untuk menceritakan kepada korang sedikit kelebihan dan keseronokkan memiliki buku ini, hehehe... ; P..Bagi aku buku ini bukan sahaja dapat memberikan motivasi kepada diri aku..tetapi buku ini juga dapat merubahkan gaya pemikiran aku yang sebelum ini, terlalu banyak dengan perkara-perkara negatif serta perasaan '' Mustahil '' sebelum melakukan sesuatu perkara itu, sedangkan aku tidak pernah mencuba lagi pun perkara itu..hahaha...: P...
Emerson pernah berkata '' Lelaki yang hebat ialah lelaki yang sedar yang pemikiranlah yang mengusai DUNIA ''.Di dalam Paradise Lost, Milton juga pernah menulis " Minda dapat mengubah kehidupan seseorang, neraka menjadi syurga dan syurga menjadi neraka ".Shakespeare pula berkata, "Pemikiran menentukan sama ada sesuatu itu baik atau buruk ".
So daripada 3 potongan ayat di atas, korang rasa...di manakah yang menunjukkan bukti kebenaran ayat tersebut..?? Dan dimanakah fakta yang menyokong ayat-ayat yang di tulis dan di perkatakan oleh 3 Tokoh besar di atas itu ternyata 100% benar..?? Cuba korang renungkan dan fikirkan sekejap.. : )....
" Ok..Dah dapat jawapannya....?? Belum...?? : )...."
Jawanpanya senang sahaja..!! Cuba lihat sekeliling anda..lihat keadaan setiap sahabat-sahabat, teman-teman, saudara-mara, serta sesiapa sahaja yang anda rasa nak lihat..!! huhuhu.. : P...Jawapanya yang membuktikan kebenaran bagi menyokong ayat-ayat di atas ialah gaya hidup..!! cuba korang lihat sekali lagi individu-individu yang telah korang lihat tadi..Gaya hidup seseorang yang memiliki pemikiran yang BESAR ialah jauh berbeza daripada gaya hiudp seseorang yang mempunyai pemikiran yang biasa-biasa sahaja..Bukti yang nyata untuk mengukurnya ialah kebebasan kewangan dan kejayaan yang telah mereka kecapi..Jadi di sini cuba korang renungkan kembali kehidupan korang sekarang..!!
Adakah korang tergolong daripada golongan orang-orang yang mempunyai pemikiran yang BESAR..?? Tepuk dada tanya lah minda ye..?? :)..So jika aku hendak menghuraikan tips-tips selanjutnya lagi tentang buku " The Magic Of Thinking BIG " ini..rasa-rasanya terlalu banyak yang perlu di tulis pada blog ini..So jika korang rasa ingin tahu lagi rahsia-rahsia kejayaan individu yang telah berjaya dengan cemerlang dalam kehidupan dorang..Aku syorkan korang belilah satu buku ini MPH, Bookstore, atau mana-mana saja kedai buku berhampiran korang, sebagai rujukan korang..100% aku gerenti mesti korang tak akan rasa menyesal melabur sedikit duit untuk mendapat ilmu yang cukup berharga di dalam buku tersebut.. ; )..
P/S:-Tiada benda yang mustahil dalam kehidupan seharian kita jika pemikiran kita berfikir BESAR untuk setiap aspek, Dan tiada perkara yang mustahil dalam kehidupan kita, jika kita percaya akan kebolehan diri kita sendiri...; )..
>> Rahsia menjana wang pantas dalam 7 HARI Sahaja..KLIK SINI !! <<
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment