Tuesday, 7 June 2011
The Magic Of Thinking BIG !!
Keajaiban berfikir BESAR !! Itulah secara ringkasnya translate bagi maksud dari perkataan''The Magic Of Thinking BIG'' hasil dari tulisan David J.Schwartz, Buku ini telah terjual lebih daripada 4 juta naskhah di Amerika !! Wow...!! Gempak kan..?? huehuehue...; )...Sebab itulah juga, aku terpengaruh untuk membeli buku ini sebagai sumber rujukan pemangkin, bagi menaikkan lagi semangat daya saing aku di dalam kancah dunia bisnes yang penuh duri dan ranjau perjalanan kehidupan di dunia ini..; P...( Pewwit..!! sastera-sastera..hahaha..).
Oleh itu tergerak di hati aku untuk menceritakan kepada korang sedikit kelebihan dan keseronokkan memiliki buku ini, hehehe... ; P..Bagi aku buku ini bukan sahaja dapat memberikan motivasi kepada diri aku..tetapi buku ini juga dapat merubahkan gaya pemikiran aku yang sebelum ini, terlalu banyak dengan perkara-perkara negatif serta perasaan '' Mustahil '' sebelum melakukan sesuatu perkara itu, sedangkan aku tidak pernah mencuba lagi pun perkara itu..hahaha...: P...
Emerson pernah berkata '' Lelaki yang hebat ialah lelaki yang sedar yang pemikiranlah yang mengusai DUNIA ''.Di dalam Paradise Lost, Milton juga pernah menulis " Minda dapat mengubah kehidupan seseorang, neraka menjadi syurga dan syurga menjadi neraka ".Shakespeare pula berkata, "Pemikiran menentukan sama ada sesuatu itu baik atau buruk ".
So daripada 3 potongan ayat di atas, korang rasa...di manakah yang menunjukkan bukti kebenaran ayat tersebut..?? Dan dimanakah fakta yang menyokong ayat-ayat yang di tulis dan di perkatakan oleh 3 Tokoh besar di atas itu ternyata 100% benar..?? Cuba korang renungkan dan fikirkan sekejap.. : )....
" Ok..Dah dapat jawapannya....?? Belum...?? : )...."
Jawanpanya senang sahaja..!! Cuba lihat sekeliling anda..lihat keadaan setiap sahabat-sahabat, teman-teman, saudara-mara, serta sesiapa sahaja yang anda rasa nak lihat..!! huhuhu.. : P...Jawapanya yang membuktikan kebenaran bagi menyokong ayat-ayat di atas ialah gaya hidup..!! cuba korang lihat sekali lagi individu-individu yang telah korang lihat tadi..Gaya hidup seseorang yang memiliki pemikiran yang BESAR ialah jauh berbeza daripada gaya hiudp seseorang yang mempunyai pemikiran yang biasa-biasa sahaja..Bukti yang nyata untuk mengukurnya ialah kebebasan kewangan dan kejayaan yang telah mereka kecapi..Jadi di sini cuba korang renungkan kembali kehidupan korang sekarang..!!
Adakah korang tergolong daripada golongan orang-orang yang mempunyai pemikiran yang BESAR..?? Tepuk dada tanya lah minda ye..?? :)..So jika aku hendak menghuraikan tips-tips selanjutnya lagi tentang buku " The Magic Of Thinking BIG " ini..rasa-rasanya terlalu banyak yang perlu di tulis pada blog ini..So jika korang rasa ingin tahu lagi rahsia-rahsia kejayaan individu yang telah berjaya dengan cemerlang dalam kehidupan dorang..Aku syorkan korang belilah satu buku ini MPH, Bookstore, atau mana-mana saja kedai buku berhampiran korang, sebagai rujukan korang..100% aku gerenti mesti korang tak akan rasa menyesal melabur sedikit duit untuk mendapat ilmu yang cukup berharga di dalam buku tersebut.. ; )..
P/S:-Tiada benda yang mustahil dalam kehidupan seharian kita jika pemikiran kita berfikir BESAR untuk setiap aspek, Dan tiada perkara yang mustahil dalam kehidupan kita, jika kita percaya akan kebolehan diri kita sendiri...; )..
>> Rahsia menjana wang pantas dalam 7 HARI Sahaja..KLIK SINI !! <<
Saturday, 4 June 2011
Cara Nak Buat Research FREE di Ebay !!
Sebagai seorang seller di ebay..tidak kira lah mana-mana ebay site sekalipun, perkara paling utama di dalam untuk menentukan tahap penjualan barang lelongan korang secara konsisten adalah dengan melakukan 'RESEARCH' dengan terperinci dahulu sebelum barangan tersebut di masukkan ke dalam portal ebay.
Selalunya persoalan ini lah yang banyak menjadi topik di forum-forum dan juga laman-laman sosial yang lain membincangkan hal-hal cara-cara research ebay ini. Sebenarnya bagi korang yang mempunyai duit lebih, boleh lah melanggan saja terapeak.com (orang cakap hati kena kering berniaga di ebay, so layan saja yuran bulanan yang perlu dibayar untuk terapeak.com tu, bukan mahal pun kan..??wahahaha..: p.. )
Namun bagi Newbie yang baru nak berniaga di ebay, mungkin korang akan berasa seram sejuk apabila korang melihat yuran bulanan yang perlu korang bayar apabila menggunakan terapeak.com tu..ekeke.. ; )....Namun Terapeak.com ini lah adalah tool paling ideal sebenarnya di dalam melakukan research berkenaan produk-produk, seller rating, jualan terkumpul dan banyak lagi data yang korang akan dapat adalah 100% di jamin selamat dan betul..huehuehue...: )..
Tetapi sebenarnya jika korang rasa duit yang ada dalam poket tu cuma cukup-cukup makan je untuk 2-3 hari ni..aku rasa lebih baik korang menggunakan tool-tool PERCUMA yang sedia ada seperti watcheditem.com , www.goofbay.com/ ,dan juga pakcik google..hehehe.. : )
Dan perlu juga di ingat..!!walaupun tool-tool di atas adalah percuma..tidak bermaksud segala research yang korang lakukannya tidak tepat..!! (ia lah selalunya orang kata tool percuma ini kan banyak kekurangannya.. : D ).Cuma yang penting TEKNIK untuk menggunakan tool-tool di atas bagi mengenal pasti research yang korang buat itu boleh dipercayai adalah dengan :-
1)Research dahulu pada laman Ebay
2)Research kunci carian pada pakcik google
3)Mulakan dengan mana tool pilihan Watcheditem or Goofbay
Haaaaa...!! itu sahaja tips ringkas daripada aku untuk korang sebagai membuka minda untuk berniaga di ebay dan mencari idea yang bernas (bukan mencari alasan yerkk..?) bagi menjual produk korang ke serata dunia..Semoga berjumpa lagi...yeaayyy...: p...
P/S:-Ada orang cakap perniagaan internet ini hanya omongan kosong..dan tidak boleh mendapat hasil..?? Betul ke..?? Info lanjut ce korang tengok sini >>KLIK SINI<<
Friday, 3 June 2011
Aku Terpengaruh Dengan Dunia Blogging !!
Ada sesetengah orang menganggap blogging ini adalah seperti diari maya..ada juga yang menganggap blog ini adalah sekadar tempat santai bersuka-suki meluahkan segala pendapat atau apa saja caci-maki..ada juga menganggap dengan blogging ini boleh menjadikan kita kaya dengan cepat..herrmmm..bagaimana pula dengan diri anda..?Apakah anggapan pula diri anda dengan kegunaan sebenarnya platform blogging ini..??
Bagi anggapan aku pada permulaannya adalah..aku menganggap platform blog ini adalah tempat budak-budak sastera atau'mat jiwang'meluahkan perasaan,keluhan hati dan apa saja yang rasa diaorang nak tulis kat sini....Huehuehue..: P..(itu hanyalah..pendapat masa hingus pun masih berhijau lagi dalam dunia internet..wakaka..).
Tetapi selepas bertahun-tahun aku bergelumang dengan dunia internet ni..Semakin lama..Semakin aku sedar akan kepentingan dengan platform blogging ini..Rupa-rupanya aku ini agak ketinggalan kebelakang berbanding dengan orang lain pasal blog memblog ni..hahaha..
Dari dulu..sudah lama aku mendengar akan perihal menyatakan bahawa blog ini adalah satu medan penjenamaan yang cukup ideal bagi membrandingkan jenama diri kita atau perniagaan kita..Cuma aku ini saja yang agak degil dan kurang mendengar nasihat kawan-kawan dahulu...Hohoho..Namun sekarang tanpa segan-silu aku sudah mempunyai juga sebuah blog PERCUMA ini..sebagai langkah pertama untuk mencuba-cuba merasai dunia blogging ini macam mana..Jadi di sini..dengan rasa merendah diri aku mengharap kawan-kawan semua sudi-sudilah menjenguk serta menjadi follower pada blog aku yang tak seberapa ini ya..?? : )...
P/S:-Sokongan diri anda amat-amatlah..Saya perlukan sebagai pembakar semangat pertama saya untuk terus berblogging..!! : D...
Asal Barang Menjadi Duit !!
Tengah melayan kawan-kawan aku berborak rancak sambil bersantai-santai malam ini,tetiba pula terpacul dari mulut seorang kawan aku ini...''Asal barang menjadi duit''..wah..!!dengar bunyi macam menarik kan..??haha...Jika jika di fikirkan ayat tersebut secara dalam-dalam..kita boleh menafsir dengan berbagai makna,rupa,warna dan juga rasa dengan ayat tersebut..hohoho...:P..
Yess..!!Bagi aku memang betul dan setuju dengan ayat tersebut 100%..Jika kita mempunyai minda dan semangat membara sebagai seorang USAHAWAN tidak kira secara online atau offline..kita perlulah melihat sesuatu benda atau perkara itu dari sudut dan pandangan yang berbeza daripada orang lain..Dengan itu barulah kita boleh melahirkan minda atau pemikiran yang kreatif serta inovatif didalam menjalankan perniagaan tidak kira dalam apa jua bidang sekalipun..Yang penting HALAL dan SAH disisi undang-undang serta telus...: )...
Di dalam medan perniagaan internet mahupun diluar medan maya ini (bisnes offline),terhidang dan terbuka berbagai-bagai jenis pintu rezeki yang masih luas untuk kita terokai..Jadi janganlah kita hanya pandai bercakap sana sini akan peluang yang ada ini dengan hanya bersembang kosong tanpa melakukan apa-apa TINDAKAN...!!
Kata orang dahulu kala''Jangan hanya berangan-angan seperti Mat Jenin''...
Namun aku melihat dari sudut aspek yang berbeza ayat di atas itu..bagi aku tak salah untuk kita berangan-angan seperti Mat Jenin..!!ini kerana Mat Jenin ini..walaupun berangan tetap jua dia lakukan kerja sehariannya dengan bersemangat..yang silapnya cuma satu,tempat yang dia berangan itu saja yang tak kena..!!wakakaka...: p...
P/S:-Jika anda inginkan perniagaan yang boleh balik modal dalam 7 hari..!!sila >>KLIK SINI<<
Thursday, 2 June 2011
Kisahnya Aku dan Sebuah Komputer !!
Jika dikenangkan kembali..pejam celik sudah hampir 3 tahun aku di dalam arena bisnes internet ini,namun..sejauh manakah kejayaan aku di dalam arena bisnes maya ini..??belum lagi layak digelar sebagai seorang otai,sifu.master ataupun seorang 'JUTAWAN'(Cesshh..!!berangan je ko..itulah kata-kata yang selalu terkeluar dari mulut kawan-kawan aku..; )..).
Namun bagi aku..itu bukanlah penghinaan yang aku akan ambil serius untuk terus melupakan hasrat hati aku ini mengejar cita-cita menjadi seorang lifestyle JUTAWAN..Biarlah berdentum guruh dilanjit sekalipun..namun untuk aku berubah fikiran dari menjadi seorang bisnesman berjaya tidak akan aku lupakan begitu sahaja..: )..hehehe..
Bermulanya aku sebagai seorang yang berjinak-jinak di dalam dunia bisnes internet ini,adalah dengan berbekal dengan semangat jati diri yang tinggi untuk berjaya dan sebuah komputer compaq CQ40 pada permulaannya.Dari permulaan itulah aku bermula dari seorang yang Zero untuk menjadi Hero...
Bersambung...............
P/S:-Nantikan kisah selanjutnya selepas ini...tunggu ya...!!huehue...: P..
Anda Mahukan Kejayaan Segera..?Sila >>KLIK SINI<<
Subscribe to:
Posts (Atom)